Sunday, 28 July 2013

Salam Nuzul al-Quran :)

Assalamualaikum . 


Salam nuzul al-quran kepada rakan rakan kuuuuu . rindu korang semuaa . Semperna nuzul al quran aku ada join jom sahur di politeknik . best lah jugak first time merasa macam mana jom sahur . pengalaman jom sahur tidak dapat di lupakan lah haha bersama rakan rakan . lepas je aktiviti jom sahur mula lah pintu rumah di bangi melambai lamabai hahmesti lah balik bangi belum sampai pintu rumah mama kat rumah tu dah mula pesan buat itu buat ni . menu pertama kita ialah cookies almond .ayuh kita berkongsi resepi  hehe

bahan-bahannya

  • 250gm butter
  • 300gm tpg halus blue key
  • 120gm gula kastor
  • 120gm gula perang
  • 2 biji telur merah
  • 1 sd kecil soda bikarbonat
  • 100gm badam cincang
  • 100gm cokelat cip
  • 2sd besar koko
  • 1sd kecil esen vanila

cara-caranya

  1. Pukul butter dgn gula perang dan gula kastor sampai kembang. Pukul guna senduk kayu je..
  2. Masuk kan telur merah satu persatu dan pukul lagi.
  3. Masukkan esen vanila, kemudian masukkan tepung yg telah diayak bersama soda tadi, Gaul kan sebati
  4. Kemudian masukkan koko, badam cincang dan coklat cip tadi.
  5. Lepas tu guna sudu dan sudukan dlm loyang pembakar. Adunan agak lembik sedikit tapi takpe. Bakar selama 15 minit. Suhu 160 darjah.
  6. Bila dah masak sejuk kan kejap. Pastu cuba lah makan.. rangup macam fAmous Amos Cookies 




SELAMAT MENCUBAAAAAA !!!!!!